starz news

Sabahan Entertainment Blog…You Comment I Follow

Loading

Calon awal AF6 diumum

Written by kaitor on 6:55 PM


Nenek 44 tahun peserta tertua, kakak Siti Nurhaliza turut tersenarai

KUALA LUMPUR: Percubaan seorang nenek kepada dua cucu, Hairina Abd Halim, 44 menyertai sesi uji bakat Akademi Fantasia 6 (AF6) membuahkan hasil apabila beliau dipilih menjadi antara 25 calon awal program realiti berkenaan.

Turut mengiringi Hairina atau Rina sebagai calon pelajar AF6 adalah kakak kepada penghibur terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Siti Nursaida Tarudin atau Saida, 32.

Perkara itu diumumkan pengacara AF6, iaitu AC Mizal dan Sarimah Ibrahim pada majlis khas yang diadakan di sini, semalam.



Pada sidang media kemudian, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata pemilihan Hairina sebagai calon pelajar adalah berdasarkan bakat yang dimilikinya, di samping faktor publisiti yang diberikan secara meluas ketika bekas penyanyi kelab itu menjalani sesi uji bakat AF6 Januari lalu.

"Saya tidak menafikan, selain faktor bakat, Hairina mempunyai daya tarikan sendiri sehingga media pernah memberi publisiti yang meluas terhadapnya, iaitu menjadi tajuk muka depan akhbar ketika dia datang uji bakat tidak lama dulu.

"Apabila dia dipilih, kami hanya mahu mengembalikan semula ingatan penggemar AF terhadap keadaan itu," kata Zainir mengulas pemilihan Hairina sebagai pelajar AF musim ini.

Jelas Zainir lagi, AF6 mencatat sejarah tersendiri apabila menerima enam ribu penyertaan sejak memulakan pencarian bakatnya di lima lokasi, Januari lalu.

"Ini adalah rekod penyertaan paling tinggi berbanding musim lalu. Daripada 6 ribu yang hadir untuk sesi uji bakat, hanya 24 calon saja yang berjaya disenarai pendek, manakala seorang lagi calon dipilih menerusi sesi uji bakat 'wildcard', dengan kerjasama rakan radio rasmi, Era," katanya.

Ditanya bagaimana proses pemilihan pelajar ke senarai akhir dijalankan, Zainir berkata, ia akan ditentukan menerusi satu penilaian khas yang akan dijalankan tenaga pengajar sendiri.

"Semua calon pelajar ini akan menjalani pelbagai sesi orientasi serta kelas yang akan dikendalikan tenaga pengajar selama tiga hari. Mereka kemudian akan dinilai sama ada layak atau tidak untuk ke peringkat seterusnya.

"Keputusan senarai akhir pelajar akan diumumkan menerusi program Tirai Akademi Fantasia Episod 3 yang akan disiarkan pada Ahad ini, 16 Mac jam 8.30 malam," katanya.

Pada majlis itu, Astro turut mengumumkan dua pengkritik tetap program berkenaan. Mereka adalah pelakon dan pengacara, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy serta penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura.

Program yang dipancarkan di saluran Astro Ria itu turut menyaksikan Ramli MS sebagai pengetua, Anita Sarawak (Penasihat Penghibur), Siti Hajar Ismail (Guru Vokal Teknikal), Syafizawati Syarif (Guru Vokal Persembahan), Genervie Kam (Guru vokal/Muzik) Linda Jasmine (Guru Koreografi), Fauziah Nawi (Guru Seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (Perunding Motivasi/Guru Bahasa Inggeris) dan Jasmi Rejab (Perunding Fesyen).

Program ini akan memulakan siarannya Sabtu ini menerusi rancangan Tirai Akademi, manakala konsert pertamanya akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bermula 22 Mac depan, jam 9 malam.

sumber:http://www.bharian.com.my

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 1 comments: Responses to “ Calon awal AF6 diumum ”

  2. By Flores Online on April 1, 2008 at 12:09 PM

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Flores Online, I hope you enjoy. The address is http://flores-on-line.blogspot.com. A hug.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

I love to read blog.. that why I create my own blog to share the information for others. Your ideas are most welcome and hopefully it can help my blog growing.

Want to subscribe?

Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:Delivered by FeedBurner

Watch Tv Online


Listen Radio Online




SABAH FMSABAH FM
*more Online Radio and Tv will be add soon..

Download is your own risk!!!
Malay
English
1.Acha Septriasa 1.Avril Lavigne
2.Project Pop 2.Creed
3.Misha Omar 3.Disagree
4.Samsons 4.Justin Timberlake
5.Spider 5.Silverchair