starz news

Sabahan Entertainment Blog…You Comment I Follow

Loading
Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Linda AF2 Come Back !!!!

Written by kaitor on 1:25 AM

Em.. Linda AF2, where did she go? I heard that she had get married. After asking my friends who are close to Linda then i got the answer. She on holiday almost a year and not marry :) From now on she will be active in her singing carrier. For you information, Linda is not under Maestro Talent And Management anymore. She's contract with Maestro Talent was ended on May and working hard for her second album. According to Mr Chua, Linda want to sing a Chinese songs.. i'm not really sure about it, but wait and see either it true or just a joke. There is not to much i could talk about Linda because i have a limited sources to get her information. Anyway, welcome back Linda and I wish you all the best.. :)
p/s: Maan noh koti... osokung oku dika sabap youku nogi nga tulun ranau!!!

Here is the article post by Mr Chua...

Hi, guys. chua baru saja interbiu Linda kat The Summit, Subang Jaya.

Abangnya dan managernya Habil ada kat sana. Linda, abangnya Habil dan kakaknya Lina (beautician) tinggal di Subang Jaya berdekatan dengan rumah Vince.

chua, Linda dan Habil juga makan tengah hari kat satu restoran Cina kat The Summit.

Ini kisahnya:

Jelitawan Linda Nanuwil ingin menyanyi dalam Bahasa Cina, dan sememangnya Tikus Yang Cintakan Beras dalam lagu popular dendangan penyanyi Singapura Jocie Kok.

Heronya Vince Chong telah menyanyikan lagu itu dalam Bahasa Malaysia manakala kumpulan pop Australia North menyanyikannya dengan tajuk baru Because I Love You.

“Saya memang Tikus, itu zodiak saya dalam kalendar Cina. Saya juga amat cintakan beras, iaitu nasi ayam,” katanya.

Sebelum kedatangan Jaclyn Victor, Linda yang agak pendiam adalah ratu rancangan nyanyian realiti.

Anak jati Ranau, dekat kaki Gunung Kinabalu itu muncul sebagai naib juara Akademi Fantasia 2 (AF2), beberapa bulan sebelum Jaclyn menundukkannya dengan menjuarai Malaysian Idol 1.

Gadis tinggi lampai dari keluarga Kristian yang mementingkan kerja sosial itu amat mengalu-alukan kehadiran “Kak” Jaclyn dalam dunia seni.

Mereka berdua telah menyanyi bersama dalam lagu Suluhkan Sinar, projek artis-artis Malaysia terbitan KRU untuk membantu mangsa-mangsa tsunami Disember 26, 2004.

Linda sentiasa berdiri teguh di belakang Jaclyn.

Dari awal Malaysian Idol lagi, Linda yakin Jaclyn akan menjadi penyanyi terhandal di Asia dan tanggapan itu terbukti benar apabila Jaclyn menjuarai Voice Of Asia 2005 di Shanghai, China.

Linda dan Jaclyn pada mulanya dicalonkan sebagai 2 wakil Malaysia dalam pertandingan nyanyian benua Asia itu.

Malangnya, Linda terpaksa diganti oleh pemenang keempat AF2 merangkap pemenang wanita kedua tertinggi AF2 Farah Anuar dari Kedah.

Penganjur mahukan calon Malaysia yang memiliki album, dan album Linda belum siap masa itu.

Walau bagaimanapun, Jaclyn amat berterima kasih kepada “Udoi” atas sokongannya yang tidak pernah pudar, setelah beliau pulang dari Shanghai.

Jaclyn sentiasa mendoakan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan Linda.

Album Linda akhirnya muncul pada Tahun Baru Cina 2006.

Dia menggubah 2 lagu dan menulis sebuah lagu.

Linda telah berehat dari dunia seni selama setahun akibat sakit tekak yang serius.

Dia kini sudah sihat semula dan sedang giat merancang album keduanya.

“Walaupun saya bercuti setahun, saya tidak pernah memisahkan diri dari muzik dan nyanyian.

“Di Ranau, saya amat aktif [dan masih aktif mengajar muzik kepada anak-anak muda di kampung, sebagai kerja sosial dan amal gereja,” katanya.

Apabila suara Linda semakin pulih, dia muncul bersama penyanyi Sabah termasuk artis Akademi Fantasia dalam pertunjukan makan malam dan kebudayaan di seluruh Sabah.

Linda telah meninggalkan anak syarikat Astro TV yang menguruskan artis Akademi Fantasia iaitu Maestro Talent And Management pada bulan Mei, dan kini diurus oleh abangnya, bekas jurustail rambut Habil.

Linda ialah anak ketujuh daripada lapan orang anak bekas pegawai polis Nanuwil Galida dan isterinya Jaunim Sulinging.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sanzac di Kota Kinabalu ini serta adik-beradiknya menjadi ahli koir gereja mereka semasa di sekolah rendah lagi.

Ketika berumur 12 tahun, Linda telah belajar bermain gitar dan piano.

Linda berkata: “Saya digalakkan oleh keluarga untuk menyertai AF. Pada masa itu saya baru saja habiskan peperiksaan SPM Tingkatan 5.

“AF banyak mengajar saya tentang keindahan negara Malaysia. Saya dan rakan sekelas telah makan, minum, berlatih, berbincang serta merancangkan setiap persembahan bersama-sama.

“Rancangan realiti amat berjasa memupuk perpaduan dan membentuk Bangsa Malaysia,” katanya.

Linda telah mengikuti kesemua musim Akademi Fantasia serta memantau perjalanan seni rakan-rakannya.

Peminat setia Celine Dion, Juwita Suwito, Kelly Clarkson dan Francissca Peter ini amat mengkagumi rakan senegerinya di Akademi Fantasia seperti sepupunya Marsha Londoh, Velvet Aduk, Rich Gimbang dan Candra Clement, serta Suki Low One In A Million.

Tetapi hero terbesarnya dalam dunia seni tanah air ialah juara Akademi Fantasia 1 Vince.

Duet Vince dan Jaclyn, You’re The Music In Me adalah “doa yang terjawab” buat Linda.

“Kor (“abang” dalam Kantonis) Vince dan Jaclyn adalah penyanyi hebat yang paling serasi,” katanya.

Linda turut mengalu-alukan lakonan Vince dalam pementasan teater Bahasa Inggeris berjudul Frogway bersama-sama aktres kesayangannya Elaine Daly dan Chelsia Ng baru-baru ini.

“Saya jarang dapat jumpa Vince tetapi amat tertarik dengan personalitinya. Dia budiman sejati, amat penyayang dan sentiasa menasihati saya agar berani, kuat dan yakin,” katanya.

Kegigihan Linda dalam menggubah serta menulis lagu sendiri diilhamkan oleh Vince dan komposer Aubrey Suwito.

Linda, yang berlakon dalam filem Gila-Gila Pengantin Popular pada tahun 2005 ingin berlakon dengan aktor kesayangannya Hans Isaac dan Daly satu hari nanti.

Dia menasihati penyanyi baru dalam rancangan realiti supaya sentiasa jujur kepada diri sendiri dan sentiasa serius tatkala memiliki karier dalam dunia seni.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Linda AF2 Come Back !!!! ”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

I love to read blog.. that why I create my own blog to share the information for others. Your ideas are most welcome and hopefully it can help my blog growing.

Want to subscribe?

Subscribe in a reader Or, subscribe via email:
Enter your email address:Delivered by FeedBurner

Watch Tv Online


Listen Radio Online




SABAH FMSABAH FM
*more Online Radio and Tv will be add soon..

Download is your own risk!!!
Malay
English
1.Acha Septriasa 1.Avril Lavigne
2.Project Pop 2.Creed
3.Misha Omar 3.Disagree
4.Samsons 4.Justin Timberlake
5.Spider 5.Silverchair